RSS

Mencari Guru Mursyid….

  1. Soalan : Apa Maknanya Guru Mursyid?
  • Jawapan : Makna Guru adalah seorang manusia zahir yang mengajar seseorang di dalam suatu ilmu , menyampaikan petunjuk, petua atau kaedah-kaedah tentang ilmu tersebut. Dan Musyid itu adalah suatu pengetahuan atau pengalaman yang dilalui sendiri oleh seseorang yang menjadi guru.
  1. Soalan : Apa bezanya Guru Mursyid dengan guru biasa?
  • Jawapan : Guru Mursyid benar benar mengetahui di semua sudut bidang ilmu dan pengalamannya yang pernah di laluinya sendiri melalui pengajaran laduni yang mana ia membicarakan hal-hal ilmu yang tidak dapat dijangkau oleh akal pencapaian pemikiran manusia biasa. Guru biasa adalah guru yang mengajar mengikut pendapat orang lain, cerita orang lain atau dari bahan bacaan yang kemudiannya di tafsirkan mengikut fikiran mereka sendiri.
  1. Soalan : Apakah itu ilmu laduni?
  • Jawapan : Ilmu laduni adalah ilham atau nikmat pengetahuan yang dicapai oleh mereka yang bertakwa (mengenal Allah Ta’ala). Juga dikatakan Ilmu Makrifat. Dilimpahkan kepada hati aulia-Allah yang jernih dan bersih dari segala penyakit2 hati seperti syirik, cinta dunia dan was-was.
  1. Soalan : Apakah Yang Di ajar oleh Guru Mursyid?
  • Jawapan : Guru yang mursyid mengajar bukan sahaja mengajar berpandukan Al-Quran dan Hadis Qudsi, malah ilmu pengetahuannya diperolehi daripada pengalamannya sendiri yang pernah dilaluinya semasa latihan mencari ilmu hakiki dan makrifat bersama gurunya terdahulu.
  1. Soalan : Mengapa Perlu berijazah (Bai’ah) bila ingin berlajar ilmu makrifat?
  • Jawapan : Guru Mursyid yang berpengalaman adalah seorang guru yang pernah diijazahkan oleh guru asalnya. Ijazah sangat sangat diperlukan kerana terdapat barakah iaitu mempunyai kesinambungan dari satu guru ke guru sebelumnya (salsilah) , dari seorang wali Allah ke wali Allah yang sebelum sehinggalah sampai kepada Rasulullah Muhammad SAW. Atau dalam lain perkataan adalah kesinambungan tenaga illahi iaitu kefahaman atau kesedaran yang hakiki yang diperturunkan dari Rasullullah hinggalah dari satu guru hinggalah ke satu guru yang lain.
  1. Soalan: Bolehkah belajar terus dengan Allah?
  • Jawapan : Boleh..setelah mendapat ilmu laduni yang dibimbing oleh guru mursyid. Namun kenalah faham siapa itu Allah yang dimaksudkan.
  1. Soalan: Apakah rupa bentuk fizikal seseorang itu melambangkan seorang Guru Musyid?
  • Jawapan : Dalam mencari guru mursyid hendaklah dipandang dari segala sudut pandang tentang kedalaman ilmunya . Guru yang mursyid BUKAN hanya dilihat dari segi fizikal zahirnya sahaja..BUKAN di lihat dari sudut kedudukannya, terkenalnya dia, jumlah ilmu syariatnya, besar serbannya, panjang dan putih janggutnya ,wara’ rupanya, banyak kitabnya, bertanda hitam di dahi, bersopan santun dan sebagainya. Lazimnya guru mursyid membungkus ilmunya atau merahsiakan ilmunya. Berpakaian seperti orang biasa, makan seperti orang biasa, tidak menonjolkan diri di khalayak ramai. Kelakuan atau fi’il bukan lah menjadi ukuran mutlak akan sifat musyridnya guru itu. Ramai yang tidak berjumpa dengan guru mursyid sebab mereka menganggapkan guru2 ini seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Dan sekiranya seseorang guru itu dilihat bercakap seolah2 seorang yang bongkak , berpakaian seperti orang biasa (tiada serban dan jubah) dan makan yang agak banyak pada pandangan matanya, ramai yang telah buat persepsi dan andaian bahawa guru tersebut bukan mursyid. Maka terlepas lah dia dari berjumpa dengan guru yang mursyid.
  • Sebagai iktibar kisah Nabi Musa as cuba menuntut ilmu hakikat dengan Nabi Khidir yang telah diceritakan dalam Surah Al-Kahfi ayat 60-82.  Tanya Nabi Musa , Bolehkah kau mengajarku dari apa yang telah diajar oleh Allah kepada mu? Khidir menjawab “Sesungguhnya engkau tidak sekali kali akan bersabar bersama ku”. Di pendekkan cerita, 3 peristiwa yang berlaku tatkala Nabi Musa as  bersama Nabi Khidir iaitu 1. Membocorkan perahu yang mereka naiki 2. Membunuh Seorang Pemuda 3. Membantu membina tembok dengan 2 orang anak yatim yang pada Nabi Musa adalah perbuatan yang sia sia belaka. Namun, Nabi Khidir dapat memberi jawapan yang mudah kepada Nabi Musa a.s tentang apa yang telah berlaku.
  • Begitulah ilmu hakikat yang jauh keluar dari kemampuan akal fikiran otak manusia dan norma2 masyarakat. Dan ilmu sebegini rupalah yang wajib kita dapatkan…agar banyak rahsia rahsia dan hijab hijab kehidupan dan ketuhanan dapat di bongkar satu per satu. Dan bila sudah tiada soalan, baru lah ketenangan hadir dengan sendirinya tanpa di minta2.
  1. Soalan: Apakah jenis guru yang kebiasaannya dicari oleh masyarakat umum?
  • Jawapan : Mereka menganggap guru yang mengetuai sesebuah badan atau organisasi, guru yang pandai berceramah tanpa kering gusi atau guru yang menonjol di khalayak ramai itu lah sebenar benar guru. Sayang seribu kali sayang..guru seumpama itu boleh di jadikan pengajaran tetapi bukan untuk di jadikan panduan atau ikutan.
  1.  Soalan: Apakah ilmu yang di bawa oleh Rasullulah sehinggalah kepada Guru Mursyid yang ada sekarang ini?
  • Jawapan : Selain daripada ilmu syariat yang telah biasa kita dengar dan ikuti, Ilmu Kerohanian atau Ilmu Makrifat Mengenal Allah.
  1.  Soalan: Mengapa perlu belajar atau mengetahui Ilmu Kerohanian/Makrifat?
  • Jawapan : Bukan kerana pahala, bukan kerana syurga tetapi kerana ingin mengenal Dia dengan 100% yakin dan mencapai kedamaian yang hakiki dan merasai kerinduan yang tidak terperi untuk kembali kepadaNya .
 
6 Comments

Posted by on October 13, 2012 in Spiritual

 

Pantun Hakikat

Yang Zahir Tidak Dapat Di lihat dek mata,
Yang Batin Tidak Dapat Disentuh oleh prasangka,
Wujudnya Dia Di Dalam Tiada,
Didalam Tiada Terserlah jua Dia

Pergi Ke Pasar Membeli Serai,
Untuk Dibuat Nasi Ulam,
Gerak & Diam Tiada Bercerai,
Bila Bercerai Punah lah Ilham

Burung Puyuh Burung Tempua,
Sayap Kembang Terbang Melayang,
Sekejap Ada Sekejap Tiada,
Umpama Mencari Di Balik Tiang

Lain Ladang Lain Pohonnya,
Lain Pohon ditanam selut,
Berlainan Sebut Bersatu Makna,
Berlainan Kata Bersatu Maksud

Aku Tiada Tetapi Ada,
Ada Tiadanya Aku Tidak Terhingga,
Jangan Terhijap Pada Nama,
Nama Diada Untuk Bercerita.

Sampan Dikayuh Mudik Ke Muara,
Mudik Menempuh Hutan Belantara,
PerbendaharaanNya Hendaklah Diperlihara,
Jangan dibongkar sewenang2nya.

Terbit Mentari DiUfuk Senja,
Senja Menjelma Bersama Mega,
Ada Pencipta Ada Dicipta,
Demikian Sangkaan Dah Jadi Dua.

Mencari Buah Biji Kana,
Masak dengan ulam pegaga,
Berlainan Sebut Bersatu Makna,
Disitulah juga Ku Bersembunyi Nyata.

Berlayar perahu Berlayar ke Hulu,
Berlayar dengan hati yang lara,
Lepaskan kedua dua alas kaki mu,
Agar Tidak Berharap Apa-apa

Buang Cuka Buang Sengkuang,
Buang Cuka Bersama Lada,
Ruang Tiada Sebelum Ruang,
Ruangnya Dia Tersedia Ada

Titik Bertemu Titik,
Titik Berhimpun Menjadi Garisan,
Tilik Punya Tilik,
Titik Terhijap Pada Tulisan

Buah Berangan Pohon Kurma,
Pohon Kurma Di Cantas Dahan,
Jangan Mencari Pada Nama,
PencarianNya Nanti Tanpa Kesudahan

Naik Basikal Membeli Biji Saga,
Untuk Bermain Sebelum Senja,
Berpuasa Fizikal Menahan Lapar Dahaga,
Berpuasa Spiritual Diri Yang Ada Sudah Tiada.

Pergi Kota Bahru ingin berdikir,
Pergi Berdikir menaiki kereta,
Ingatkan dah kenal dengan berzikir,
Rupanya lafaz semata mata.

Buat Patung Dengan Kulit,
Kulit asli lagi menarik,
Bukak Isi Nampak Kulit,
Dulu ingatkan lurus rupanya terbalik.

Ambil Pelita Dipasang Sumbu,
Sumbu di pasang bersama pak tua,
Bangga didada dah ada ilmu,
Ilmu membantu namun menghijab jua

Pucuk Paku Di Kedai Reza,
Pucuk Ubi Di Kedai Mami,
Bila Aku dan engkau tiada beza,
engkau bukan lagi Penduduk Langit dan Bumi

 
Leave a comment

Posted by on August 20, 2012 in Stories

 

Pesanan Seorang Guru – Beribadahlah…

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,

Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya.

Wahai saudaraku,

Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.

Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah “Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” “Tiada akan sama orang ahli syurga dengan ahli neraka”.

Wahai para Salik,

Jika engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu. Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik, kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula (kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit bagi umatnya kepada Tuhannya.

Janganlah menjadi manusia yang bodoh dan lalai, pintu yang yang terbuka perlulah dilalui. Nabi dipimpin oleh malaikat Jibrail menujuNya dan engkau memerlukan Mursyid yang memimpin tanganmu dengan kasih sayang menuju TuhanMu. Kamu dibawa ke alam peleburan diri sehingga tiada kamu temui sesiapapun disitu melainkan DIA SAJA YANG WUJUD. Engkau akan memahami kalimah la ilaha illaLlah wahdahu laa syarikaalah dengan kefahaman yang terkunci lisanmu hendak dinyatakan. Engkau juga akan memahami beberapa ramai orang yang tidak mencapai kesempurnaan maqam ini tersilap tafsirannya sehingga ada yang mengaku dirinya Tuhan, mengaku dirinya jelmaam Tuhan, mengaku dirinya dan Tuhan bersatu sehingga ada dikalangan mereka yang meninggalkan syariat. Mereka tiada dibuka rahsia dengan sempurna atau pandangan makrifat mereka diserta dengan syaitan atau Jin. Mereka cuba bercakap ilmu para sufi namun mereka gagal dalam menyelami rahsia “ADAM” dan“ MUHAMMAD”. Mereka juga gagal memahami rahsia mufaraqah sebagaimana terpisahnya air laut dengan air sungai atau terpisahnya api dengan asap.

Wahai saudaraku,

Berjalanlah dirimu kepada Tuhan dengan berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Tuhannya sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.

WaLlahu ‘alam.

Diambil daripada jalansufi.com dan
Dipetik daripada “Kitab Pendakian Salik Menuju Allah” karangan Syeikh Tokku Ibrahim Mohamad

 
Leave a comment

Posted by on March 29, 2012 in Stories

 

Dengarlah Suara Hati Kita….

Suara Hati hadir semasa kita lahir di dunia ini. Ianya bersih bak sutera, putih bak mutiara. Tiada cacat cela. Hadir dengan fitrahNya. Kita mengenal pasti dengan yakinnya dalam sesuatu perkara bila suara hati kita terang dan jelas. Suara hati kita adalah sahabat karib kita semasa kita peringkat bayi dan kanak-kanak. Sahabat paling sejati. Bila dimarahi, sekejap saja sedih dan menangis, terus dilupakan kepada orang yang memarahi tanpa rasa dendam dan benci. Malah berbaik seperti biasa. Bila barang mainan dirosakkan oleh kawan, mungkin menangis dan marah sebentar tetapi tetap terus bermain seperti biasa pada keesokkan harinya , lalu melupakan peristiwa yang berlaku semalam.

Apabila usia semakin meningkat, suara hati semakin malap dan suara kecil (Ego) mula mengambil tempat. Ego mula berkata-kata, berdansa di kepala, mengutarakan perkara2 negatif belaka. Mula mendabik dada bahwa dia yang benar, dia yang mengetahui segala2nya. Belenggu-belengu mula bermaharaja lela. Memacakkan bendera kemenangan kerana mampu mengatasi suara hati manusia. Bila ditegur terus melenting, Bila dimarahi terus di caci..mungkin tidak pada kata-kata tetapi hati didalam dada.

Kenali ‘mereka’ berdua agar kita sedar yang mana Suara Hati dan yang mana Suara Ego. Tatkala yang mana satu hadir, kita akan dapat mengendalikan diri kita dengan lebih baik , baik dari segi perhubungan, kekeluargaan, perniagaan dan sebagainya.

 
Leave a comment

Posted by on March 28, 2012 in Spiritual

 

Apakah Tuhan Mencipta Segalanya?

Sharing tentang Percakapan Professor Dengan Mahasiswa :

Prof: “Apakah Tuhan menciptakan segala yg ada?”
Mahasiswa A: “Betul, Dia yg menciptakan semuanya.”

“Tuhan menciptakan semuanya??” tanya profesor sekali lagi.
“Ya prof, semuanya,” kata mahasiswa A itu.
Prof: “Jika Tuhan menciptakan segalanya, berarti Tuhan
menciptakan Kejahatan…”
Mahasiswa A itu terdiam & tidak mampu menjawab hipotesis profesor tersebut.

Ada mahasiswa B berkata, “Prof, boleh saya bertanya sesuatu ?”
“Tentu saja,” jawab si Profesor.

Mahasiswa B : “Prof, apakah dingin itu ada?”
“Pertanyaan macam apa itu ? Tentu saja dingin itu ada.”
Mahasiswa itu menyangkal, “Kenyataannya, Prof, dingin itu tdk ada. Menurut hukum fizik, yg kita anggap dingin itu adalah ketiadaan panas.
Suhu -20C adalah ketiadaan panas sama sekali & semua partikel menjadi diam & tdk bisa bereaksi pada suhu tersebut. Kita menciptakan kata dingin utk menyatakan ketiadaan panas”.

Mahasiswa itu melanjutkan, “Prof, apakah gelap itu ada ?”
Prof menjawab, “Tentu saja itu ada.”
Mahasiswa itu menjawab, “Sekali lagi anda salah, Prof. Gelap juga tdk ada. Gelap adalah keadaan dimana tdk ada cahaya. Cahaya bisa kita pelajari, gelap tidak.
Kita bisa menggunakan prisma Newton utk memecahkan cahaya jadi beberapa
warna & mempelajari berbagai gelombang setiap warna. Tapi Anda tak boleh mengukur gelap.
Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa keamatan cahaya di ruangan tersebut.
Kata gelap dipakai manusia utk mendeskripsikan ketiadaan cahaya..”

Akhirnya mahasiswa itu bertanya, “Prof, apakah kejahatan itu ada?”
Dgn bimbang prof itu menjawab, “Tentu saja !”

Mahasiswa itu menjawab, “Sekali lagi Anda salah, Prof. Kejahatan itu TIDAK ADA. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan.
Seperti dingin atau gelap, kejahatan adalah kata yg dipakai manusia utk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan. Tuhan tdk menciptakan kejahatan. Kejahatan adalah hasil dari tak adanya Tuhan dihati manusia…”
Profesor itu terdiam..

” Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah,
dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari kesalahan dirimu sendiri”. ( QS. Annisa 79 )

Salam Inspirasi 165

Dipetik daripada kata-kata Dr. Ary Ginanjar

 
1 Comment

Posted by on March 12, 2012 in Stories

 

Sufi – Damasutra

Selesai sahaja ku membaca sebuah buku kerohanian, tiba-tiba terngiang lagu 80an dan lagu-lagu yang terlintas didalam fikiran ku adalah lagu M.Nasir. Lalu aku buka YouTube dan mencari lagu M.Nasir. Dalam pada aku mencari, ku terjumpa lagu yang bertajuk Sufi , nyanyian Damasutra. Ku terus mainkan dan tatkala ku amati liriknya, alangkah terkejutnya yang fahaman dalam buku kerohanian tadi kurang lebih samanya dengan lirik lagu Sufi ini.

Nikmati dan Amati lirik lagu ini. Moga jiwa yang tenang terus mencari damai di jiwa. Insyallah, huraian akan lirik ini aku buat bila izinNya jua.

Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

 
Leave a comment

Posted by on February 20, 2012 in Spiritual

 

Kisah Tak Payah Sembahyang

Ada seorang pemuda ni, Ali (bukan nama sebenar) ni mendapat tahu ada seorang Guru Tasawuf di kampung sebelah kampungnya cukup terkenal sehingga ramai orang dari bandar bandar besar hadir untuk berguru dengannya . Si Ali yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid di kampungnya merasa curiga dengan apa yang diajarkan oleh guru tasawuf tersebut. Jadi pada suatu hari Si Ali ini pergi mendengar ceramah si tuan guru tersebut bersama murid2 guru yang lain tetapi atas sikapnya yang curiga beliau sering keluar masuk rumah tuan guru..kadang2 ke tandas , kadang2 hisap rokok dan sebagainya. Bermaksud beliau tidak mengikuti ceramah yang disampaikan dengan sepenuhnya.
Nak di jadikan cerita, si Ali yang baru lepas hisap rokok tadi naik dan duduk dan terus mendengar ceramah yang sedang di jalankan. Tatkala itu, si guru tersebut berkata “Kita ni, kalau dah kenal Allah Taala, tak payahlah sembahyang”. Apa lagi…terkejut besar dan terbeliaklah mata si Ali mendengar kata2 tersebut dan terus keluar dari rumah tuan guru tadi dan terus mencanangkan seluruh orang kampung mengatakan ajaran guru tersebut adalah sesat lagi menyesatkan.

Apa yang sebenarnya terjadi adalah maksud guru tersebut tentang Tak Payah sembahyang adalah Tak Susah sembahyang tatkala kita sudah kenal siapa dia itu yang di katakan Allah. Sembahyang bukan menjadi suatu beban malah menjadi suatu kelazatan. Itu yang dimaksudkan sebelum Si Ali naik kerumah tersebut.

Moral of the story, kalau nak belajar , kena berada setiap detik tatkala guru sedang mengajar atau berceramah. Kena faham betul2 apa yang dikatakan dan jangan buat kesimpulan atau konklusi sendiri. Kalau tak faham, tanya. Sebab itu kita tak boleh belajar dengan buku semata2. Manusia sering membuat tanggapan negatif sebelum faham akan perkara yang sebenar…Kasihan sangat2 kepada Si Ali itu kerana ilmu yang cukup indah itu dipersia2kan begitu sahaja, malah mengatakan sesat sedangkan dia yang sesat larat.
Waallahualam!

 
Leave a comment

Posted by on February 19, 2012 in Stories

 
 
%d bloggers like this: