RSS

Kisah Pakcik Yang Mengharapkan ‘Rahmat’ Tuhan

14 Feb

Al Kisah suatu cerita di sebuah kampung yang dilanda banjir besar. Ramai orang kampung telah menyelamatkan diri masing2 ke Balai Raya yang terletak di kawasan yang lebih tinggi. Mereka mendapat bantuan dari pihak penyelamat yang hadir dengan bot penyelamat dan helikopter. Di dalam kampung tersebut ada seorang pakcik yang kuat beribadat yang tinggal disebuah rumah 2 tingkat. Tatkala air sudah masuk ke tingkat bawah rumah tersebut, si pakcik ini naik ke tingkat atas. Orang kampung memberi tahu pihak penyelamat yang ada seorang pakcik masih ada didalam rumah 2 tingkat tersebut, lalu pihak penyelamat tiba ke rumah tersebut dengan bot dan dengan memanggil pakcik tersebut dengan pembesar suara agar dia diselamatkan. Pakcik tersebut mengatakan “Aku tidak mahu diselamatkan kerana aku hanya menerima rahmat dan pertolongan dari Tuhanku “; Pergi Pergi..” kata Si Pakcik itu. Air banjir semakin naik lalu menenggelami tingkat yang ke 2. Pakcik itu pun naik ke atas bumbung dan sekali lagi , pihak penyelamat hadir tetapi bukan dengan bot tetapi dengan helikopter. Sekali lagi pakcik tersebut mengatakan “Aku tidak mahu diselamatkan oleh kamu semua, aku hanya mahu diselamatkan dari rahmat dan pertolongan Tuhan ku, Pergi…Pergi…Tinggalkan aku disini. Oleh kerana hujan semakin lebat , helikopter terpaksa beredar dari kampung itu dan tinggallah pakcik itu di atas bumbung tersebut. Akhirnya pakcik itu mati kelemasan disebabkan air sudah melepasi atap bumbung. Diceritakan yang setelah pakcik itu bangkit dari mati, pakcik itu mempersoalkan Tuhan kenapa tidak datang menyelamatkannya. “Aku begitu alim dan sentiasa beribadat kepada Mu tetapi kenapa kamu tidak menurunkan rahmat dan pertolongan kepada ku tatkala aku dalam kesusahan”. Lalu Tuhan berkata “Telah Ku hantar pertolongan dan rahmatKu melalui penyelamat2 yang datang dengan bot dan helikopter tadi untuk menyelamatkan kamu tetapi kamu tidak mengendahkannya”.

Moral of the story – pertolongan dan bantuan Tuhan bukan datang ‘seketul’ di depan mata tetapi melalui perantara. Ada asbabnya dan timeline nya. Hadirnya bantuan tersebut dalam bermacam cara tetapi kita kenalah berusaha dan selebihnya bertawakal dan redha. Kalau ada pertolongan yang datang, jangan lah sombong dan tidak mahu menerimanya kerana sebenarnya rahmatNya yang datang mungkin terlintas di depan mata. Cuma kita yang tidak mahu menerima dan tidak tahu menghargainya.

** Nota : Kisah diatas tiada kiatan dengan yang hidup atau yang mati. Yang Baik dan Yang Buruk di jadikan pelajaran dan sempadan. .

 
Leave a comment

Posted by on February 14, 2012 in Stories

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: