RSS

Mencari Guru Mursyid….

13 Oct
  1. Soalan : Apa Maknanya Guru Mursyid?
  • Jawapan : Makna Guru adalah seorang manusia zahir yang mengajar seseorang di dalam suatu ilmu , menyampaikan petunjuk, petua atau kaedah-kaedah tentang ilmu tersebut. Dan Musyid itu adalah suatu pengetahuan atau pengalaman yang dilalui sendiri oleh seseorang yang menjadi guru.
  1. Soalan : Apa bezanya Guru Mursyid dengan guru biasa?
  • Jawapan : Guru Mursyid benar benar mengetahui di semua sudut bidang ilmu dan pengalamannya yang pernah di laluinya sendiri melalui pengajaran laduni yang mana ia membicarakan hal-hal ilmu yang tidak dapat dijangkau oleh akal pencapaian pemikiran manusia biasa. Guru biasa adalah guru yang mengajar mengikut pendapat orang lain, cerita orang lain atau dari bahan bacaan yang kemudiannya di tafsirkan mengikut fikiran mereka sendiri.
  1. Soalan : Apakah itu ilmu laduni?
  • Jawapan : Ilmu laduni adalah ilham atau nikmat pengetahuan yang dicapai oleh mereka yang bertakwa (mengenal Allah Ta’ala). Juga dikatakan Ilmu Makrifat. Dilimpahkan kepada hati aulia-Allah yang jernih dan bersih dari segala penyakit2 hati seperti syirik, cinta dunia dan was-was.
  1. Soalan : Apakah Yang Di ajar oleh Guru Mursyid?
  • Jawapan : Guru yang mursyid mengajar bukan sahaja mengajar berpandukan Al-Quran dan Hadis Qudsi, malah ilmu pengetahuannya diperolehi daripada pengalamannya sendiri yang pernah dilaluinya semasa latihan mencari ilmu hakiki dan makrifat bersama gurunya terdahulu.
  1. Soalan : Mengapa Perlu berijazah (Bai’ah) bila ingin berlajar ilmu makrifat?
  • Jawapan : Guru Mursyid yang berpengalaman adalah seorang guru yang pernah diijazahkan oleh guru asalnya. Ijazah sangat sangat diperlukan kerana terdapat barakah iaitu mempunyai kesinambungan dari satu guru ke guru sebelumnya (salsilah) , dari seorang wali Allah ke wali Allah yang sebelum sehinggalah sampai kepada Rasulullah Muhammad SAW. Atau dalam lain perkataan adalah kesinambungan tenaga illahi iaitu kefahaman atau kesedaran yang hakiki yang diperturunkan dari Rasullullah hinggalah dari satu guru hinggalah ke satu guru yang lain.
  1. Soalan: Bolehkah belajar terus dengan Allah?
  • Jawapan : Boleh..setelah mendapat ilmu laduni yang dibimbing oleh guru mursyid. Namun kenalah faham siapa itu Allah yang dimaksudkan.
  1. Soalan: Apakah rupa bentuk fizikal seseorang itu melambangkan seorang Guru Musyid?
  • Jawapan : Dalam mencari guru mursyid hendaklah dipandang dari segala sudut pandang tentang kedalaman ilmunya . Guru yang mursyid BUKAN hanya dilihat dari segi fizikal zahirnya sahaja..BUKAN di lihat dari sudut kedudukannya, terkenalnya dia, jumlah ilmu syariatnya, besar serbannya, panjang dan putih janggutnya ,wara’ rupanya, banyak kitabnya, bertanda hitam di dahi, bersopan santun dan sebagainya. Lazimnya guru mursyid membungkus ilmunya atau merahsiakan ilmunya. Berpakaian seperti orang biasa, makan seperti orang biasa, tidak menonjolkan diri di khalayak ramai. Kelakuan atau fi’il bukan lah menjadi ukuran mutlak akan sifat musyridnya guru itu. Ramai yang tidak berjumpa dengan guru mursyid sebab mereka menganggapkan guru2 ini seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Dan sekiranya seseorang guru itu dilihat bercakap seolah2 seorang yang bongkak , berpakaian seperti orang biasa (tiada serban dan jubah) dan makan yang agak banyak pada pandangan matanya, ramai yang telah buat persepsi dan andaian bahawa guru tersebut bukan mursyid. Maka terlepas lah dia dari berjumpa dengan guru yang mursyid.
  • Sebagai iktibar kisah Nabi Musa as cuba menuntut ilmu hakikat dengan Nabi Khidir yang telah diceritakan dalam Surah Al-Kahfi ayat 60-82.  Tanya Nabi Musa , Bolehkah kau mengajarku dari apa yang telah diajar oleh Allah kepada mu? Khidir menjawab “Sesungguhnya engkau tidak sekali kali akan bersabar bersama ku”. Di pendekkan cerita, 3 peristiwa yang berlaku tatkala Nabi Musa as  bersama Nabi Khidir iaitu 1. Membocorkan perahu yang mereka naiki 2. Membunuh Seorang Pemuda 3. Membantu membina tembok dengan 2 orang anak yatim yang pada Nabi Musa adalah perbuatan yang sia sia belaka. Namun, Nabi Khidir dapat memberi jawapan yang mudah kepada Nabi Musa a.s tentang apa yang telah berlaku.
  • Begitulah ilmu hakikat yang jauh keluar dari kemampuan akal fikiran otak manusia dan norma2 masyarakat. Dan ilmu sebegini rupalah yang wajib kita dapatkan…agar banyak rahsia rahsia dan hijab hijab kehidupan dan ketuhanan dapat di bongkar satu per satu. Dan bila sudah tiada soalan, baru lah ketenangan hadir dengan sendirinya tanpa di minta2.
  1. Soalan: Apakah jenis guru yang kebiasaannya dicari oleh masyarakat umum?
  • Jawapan : Mereka menganggap guru yang mengetuai sesebuah badan atau organisasi, guru yang pandai berceramah tanpa kering gusi atau guru yang menonjol di khalayak ramai itu lah sebenar benar guru. Sayang seribu kali sayang..guru seumpama itu boleh di jadikan pengajaran tetapi bukan untuk di jadikan panduan atau ikutan.
  1.  Soalan: Apakah ilmu yang di bawa oleh Rasullulah sehinggalah kepada Guru Mursyid yang ada sekarang ini?
  • Jawapan : Selain daripada ilmu syariat yang telah biasa kita dengar dan ikuti, Ilmu Kerohanian atau Ilmu Makrifat Mengenal Allah.
  1.  Soalan: Mengapa perlu belajar atau mengetahui Ilmu Kerohanian/Makrifat?
  • Jawapan : Bukan kerana pahala, bukan kerana syurga tetapi kerana ingin mengenal Dia dengan 100% yakin dan mencapai kedamaian yang hakiki dan merasai kerinduan yang tidak terperi untuk kembali kepadaNya .
 
6 Comments

Posted by on October 13, 2012 in Spiritual

 

6 responses to “Mencari Guru Mursyid….

  1. aditya Ramadhan

    May 10, 2013 at 6:56 AM

    Assalamualaikum..
    dimana saya bisa bertemu dengan guru mursyid? Saya terus mencari sampi sekarang..

     
  2. Abang Ask

    May 11, 2013 at 2:07 PM

    Guru Mursyid ini agak payah untuk di cari. Mereka bukannya terkenal…Tidak muncul di kaca TV. Tidak ada di masjid2. Kena banyak bertanya dan terus berusaha untuk mencari. Insyallah, akan ketemui.

     
  3. Shyam

    July 15, 2013 at 6:26 AM

    Oh lupa, persoalan saya, adakah mungkin Guru Mursyid ini tidak mengamalkan syariat? Kerana hati saya kuat mengatakan bahawa seorang Guru muryid ini biarpun bukan ahli Masjid, terkenal dan mungkin seakan terasing dgn masyarakat namun dia tetapi tetap istiqamah dlm syariatnya walaupun dirinya telah mencapai taraf makrifat. Assalamualaikum.

     
  4. mar

    July 19, 2014 at 4:12 PM

    saya terlintas untuk mencari guru mursyid.. urusan dunia selalu menyibukkan saya sehingga saya leka..

     
  5. Muhd Azzam

    August 11, 2014 at 5:51 AM

    Salam, adakah Abang Ask pernah belajar dgn guru yg mursyid??

     
    • Ayahuda

      August 12, 2014 at 10:49 AM

      Alhamdulillah..akhirnya saya jumpa.
      Bagaimana saya tahu? Saya dapat rasakan sendiri…Tiada banyak istilah digunakan dan solat serta puasa masih dipertekankan.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: